Puasa sebagai pelemah kepada Syaitan

View previous topic View next topic Go down

Puasa sebagai pelemah kepada Syaitan

Post by Razak on Sat Aug 30, 2008 3:59 pm

Sambungan...

Puasa Sebagai Pelemah Kepada Syaitan

Puasa sesungguhnya adalah penguasaan (qahr) terhadap musuh Allah, iaitu, syaitan yang direjam. Kekuatan musuh Allah ini adalah melalui perantaraan syahwat manusia sedangkan puasa dan kelaparan pula merupakan pelemah kepada alat utama bagi syaitan tersebut. Hakikat ini digambarkan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya:

‘Sesungguhnya syaitan itu berkeliaran dalam [tubuh] anak-anak Adam laksana mengalirnya darah, oleh itu sempitkanlah ruang alirannya dengan berlapar.’

Justeru puasa turut diishtiharkan Nabi sebagai perisai (junnah) bagi manusia kerana puasa berperanan menahan manusia daripada diperhambakan oleh shahwatnya sedangkan shahwatlah antara wahana utama shaitan dalam membuka laluan seluas-luasnya ke Neraka. Ringkasnya, puasa adalah perisai daripada shahwat; shaitan dan Neraka.

Sehubungan dengan ini al-Sha’răni menyatakan,

‘Allah mewajibkan puasa atas hambaNya sebagai penewas shahwat dan pemutus kepada jalan-jalan pengabdian kepada segala sesuatu selain Allak Sekiranya manusia dibiarkan berterusan hidup terikat dengan keperluan-keperluan harian mereka nescaya semua itu akan memperhamba dan mengikat mereka dan seterusnya memisahkan mereka sama sekali dan Sang Pencipta. Puasa menutup punca-punca pengabdian kepada selain Allah dan membebaskan manusia daripada belenggu shahwat dan objek-objeknya kerana yang sebenarnya dikehendaki adalah manusia menjadi penguasa dan pemilik ke atas semua itu dan bukanpula hal sebaliknya.’(7)


Usaha melemahkan musuh Allah ini pada hakikatnya merupakan usaha menolong (agama) Allah. Seperti yang dijanjikan dalam al-Qur’an, tindakan murni sebegini akan dibalas Allah dengan bantuan daripadaNya. (Muhammad: 7) Oleh itu, sesuai dengan firman Allah dalam al-Qur’an (al-‘Ankabüt, 69), puasa itu dimulakan dengan kesungguhan dan usaha keras daripada pthak hambaNya, manakala balasan berupa Hidayah adalah daripada Allah.

Sebenarnya, selain mengekalkan maksud asal puasa sebagai ‘penahanan dan kawalan diri’, agama Islam turut menjadikannya satu istilah khusus dengan ma’na-ma’na tambahan. Malah, tidak berlebihan jika disimpulkan bahawa agama Islam, selain mengakui adanya beberapa macam ketahanan, turut memberikan dimensi keamatan (atau intensiti) kepada bentuk ketahanan yang diperlukan. Dalam apa pun perjuangan, daya ketahanan adalah antara sharat-sharat penentu kejayaan. Daya ketahanan ini lazimnya diungkap dalam agama sebagai sabar. Semakin lama seseorang itu mampu bertahan bertambah tinggilah kebarangkalian untuknya menguasai medan pertarungan dan memenangi persaingan. Sekurang-kurangnya terdapat tiga jenis ketahanan:

(1) keberterusan mengawal diri dan pada berbuat sesuatu;
(2) keampuhan diri dalam menahan serangan dan tekanan dari luar ; dan
(3) keteguhan diri dalam melaksanakan sesuatu.

Puasa pada hakikatnya lebih merujuk kepada ketahanan dalam bentuk yang pertama tadi. Memang diakui bahawa dalam hidup ini bukan semua perkara yang dihajati itu akan dapat diraih, malah kerap kali pula sesuatu yang sedia dimiliki itu terpaksa dikorbankan demi sesuatu yang lebih luhur dan tinggi. Oleh itu, dalam

Oleh itu, dalam sesuatu perjuangan penting untuk seseorang itu dilatih berpada-pada dengan apa yang ada, meskipun hukum asal bagi benda yang dikejar itu bukannya haram. Sebab ketika berpuasa sebahagian yang dilarang itu adalah perkara-perkara yang asal dibolehkan.

Dari segi intensiti, setidak-tidaknya terdapat tiga tahap ketahanan di peringkat diri perseorangan, yang lazim dikenali sebagai tiga martabat puasa:

(1) puasa orang-orang awam, yakni usaha menahan diri daripada desakan keinginan perut kemaluan;

(2) puasa kalangan yang khusus, apabila seseorang itu turut mengawal seluruh anggota tubuh badannya daripada perkara-perkara yang diharamkan, seperti menahan mata daripada melihat hal-hal yang mengghairahkan dan mengawal telinga daripada mendengar perkara-perkara yang keji dan tercela; dan

(3) puasa golongan yang lebih khusus, ketika mana seseorang itu berjaya mengawal diri seutuhnya yakni hati dan kesedarannya — daripada segala sesuatu selain Allah dan hal-hal yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Menyedari betapa bernilainya puasa ini, Imäm al-Ghazäli berpesan,

‘Ulama-ulama yang ahli dalam urusan akhirat memahami bahawa puasa bertujuan agar manusia berakhlak dengan salah satu daripada Akhlak-Akhlak Allah, iaitu al-Samadiyyah, dan supaya rnanusia mencontohi para malaikat dalam hal menahan din daripada shahwat sejauh yang dimungkinkan; kerana sesungguhnya malaikat itu memang sentiasa terpelihara daripada runtunan shahwat. Kedudukan manusia itu di atas binatang buas kerana kemampuannya untuk menewaskan shahwat dengan cahaya akal, dan di bawah tingkat malaikat kerana ada kalanya shahwat itu menguasainya dan tiadalah ia sarna sekali bebas daripada bertarung dengan shahwat.

Sekiranya ía tenggelam dikuasai oleh shahwatnya maka jatuhlah ia ke tahap yang serendah-rendahnya dan terjerumuslah ia kelemasan dalam kebuasan kebinatangan; manakala jika ia berjaya mengendalikan shahwatnya, naiklah ía ke makam yang terunggul dan tercapailah olehnya akan ufuk malaikat. Malaikat-malaikat itu hampir benar dengan Allah s.w.t. dan barang siapa yang menyerupai mereka serta mencontohi perilaku-perilaku mereka nescaya hampirlah ia dengan Allah, sama seperti dekatnya malaikat-malaikat tersebut. Sesungguhnya apa sahaja yang menyerupai sesuatu yang hampir itu adalah juga hampir. Kehampiran di sini bukan bermaksud ‘tempat’ tetapi ‘kualiti peribadi‘.(Cool


Catatan :

*Makalah ini telah diterbitkan dalam majalah Al-Hikmah terbitan Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC) , Bil.3 Tahun 7, 2001.
**Penulis merupakan pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan bekas fellow penyelidik di ISTAC.

Nota Kaki:


1. Hadis ini, meskipun akhirnya membawa makna yang sama, mempunyai berbagai jalan periwayatan dan bentuk lafaz. Versi yang dipetik ini adalah daripada Riyad al-Salihin min Kalăm Sayyid al Mursalin, susunan lmăm Muhy al-Din Abu Zakariyyă Yahya al-Nawăwi

2 Untuk huraian lanjut tentang hal ini, sila lihat Mohd. Zaidi b. Ismail, “The Sources of Knowledge in Al-Ghazali: A Psychological Framework of Epistemology” (Tesis Sarjana, ISTAC, Ogos 1995), Bab 4,84-85. Hubungan antara zikir, iktibar, dan peristiwa Isra’-Mi’raj telahpun dijelaskan oleh penulis dalam makalahnya yang disiarkan dalam Massa (21.10.2000, hIm. 58-59), Utusan Malaysia (Rabu, 25.10.2000), Berita Harian (Selasa, 31.10.2000).

3.Ketiga-tiga penjelasan yang diberikan dalam makalah ini adalah ringkasan kepada rumusan-rumusan yang dipetik daripada karya-karya agung berikut: Imam al-Ghazali, Ihyă’ ‘Ulum al-Din, bersekali dengan al-Mughni ‘an Haml al-Asfar fi’l - asfar fi Takhrij mafilt-Ihya’ mina’l-Akhbdr karangan Zayn al-Din ‘Iraqi, 5 jilid (Beirut: Dar al-Kutub al-’llmiyyah, 1986), dipetik selepas ini sebagai Ihya, I : 274; Muhammad b. Muhammad al-Husaini al-Zabidi, Ithaf al-Sădah al-Muttaqin bi Sharh Ibya’ ‘Ulum al-Din, l4 jilid (Beirut: Dar al Kutub al-’llmiyyah, t.1), 4: 311ff.; Ahmad b. ‘Ali ibn Hajar al ‘Asqalani, Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhări suntingan ‘Abd al-’Aziz bin Băz, 15 jilid (‘Amman: Maktabat al-Risălah al-Hadithah, 1997). 4: 138ff.; Shihăb al-Din Ahmad b. Muhammad al-Qastalani, Irshad al-Sari Ii Sharh Sahih al Bukhari, bersekali dengan sharah Imam al-Nawăwi atas Sahih Muslim, 10 jilid (Beirut: Dar al-Kităb al-’Arabi, 1983), 3: 346 dan 5: 135ff.; ‘Ali b. Sultan Muhammad al-Qari, Min Mirqăt: aI-Mafatiiz Sharh Mishkät al-Masabih, 5jilid (Beirut: Dar Ihya’ al Turath al-’Arabi, t.t ), 2: 294ff.; dan ‘Allamah Muhaimad b. ‘Allan al-Makki al-Shäfi’i, Dalil alFălihinl i 7uruq Riyăd al-Salihin, semakan Khalil Ma’mun Shiha, 8jilid dalam 4 buku (Beirut Dăr al-Ma’rifah, 1994), 7: 23ff..

4. Ibn Manzur, Lisan al-’Arab, 18 jilid (Beirut Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi, 1992), 7: 404ff., kata masukan “s-m-d”.

5. Imam ‘Abd a1-Wahhăb al-Sha’răni, al-Fath al-Mubin fi Jumlah min Asrar al-Din (dikenali juga sebagai Asrăr Arkan al-Islam), suntingan ‘Abd al-Qădir Ahmad ‘Ata (Beirut: Där al-Kutub al‘llmiyyah, 1999), dipetik selepas ini sebagai al-Fath al-Mubin, 47.

6 Untuk rujukan lanjut berkenaan kata-kata mashhur yang dinisbahkan kepada junjungan Nabi yang mulia ini , sila lihat Mohd. Zaidi bin Ismail, “Tadbir and Adab), as Constitutive Elements of Management: A Framework for an Islamic Theory of Management,” Al-Shajarah: Journal of the International Institute of Islamic Thought and Civilization (JSTAC) 5, bil. 2 (2000), 311—2 note 18.

7. Al-Fath al-Mubin, 47.

8 Ihyă’, 1:279.

Razak

Posts : 13
Join date : 2008-08-29

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum