Mari Berkongsi Kata-kata Hikmah

View previous topic View next topic Go down

Mari Berkongsi Kata-kata Hikmah

Post by noman on Thu Aug 28, 2008 1:13 pm

Assalaamu'alaikum..

Tentu ramai antara kita yang mempunyai koleksi kata-kata hikmah, khususnya bersempena Ramadhan al-Mubarak yang bakal menjelang.
Apa kata kalau dikongsikan bersama di sini? Mudah-mudahan, kita beroleh ganjaran.

p/s : nak tunggu masuk Ramadhan dulu pun boleh, ganjaran berlipat ganda kan? Smile

_________________
Kita hidup dengan apa yang kita dapat,

TETAPI kita membina kehidupan dengan APA YANG KITA BERI.

noman
Admin

Posts: 32
Join date: 2008-08-28
Age: 26

View user profile http://circularoflight.iluvislam.com

Back to top Go down

Re: Mari Berkongsi Kata-kata Hikmah

Post by HidayatiHH on Fri Aug 29, 2008 8:31 pm

wa'alaikummussalam wbt

sy jadi orang pertama yang share iALlah Cool
nak memetik satu kate2 dari buku Thirty Lessons for Those Who Fast, ditulis oleh Dr Aa'id Abdullah al Qarni, penulis buku La Tahzan..

"The month of happiness and generosity has come to you,
So greet it with the most beautiful memories,
O season of forgiveness.. embrace us..
You are the patron, O time of righteousness.
O ALlah grant us the return of many days of Ramadhan over many years,
in garments of righteousness and renewned repentece.."

wallahua'lam.. bersama kite kejar kemuliaan bulan Ramadhan

Ramadhan Kareem

HidayatiHH

Posts: 3
Join date: 2008-08-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Mari Berkongsi Kata-kata Hikmah

Post by HidayatiHH on Fri Aug 29, 2008 8:41 pm

*MARHABAN YA RAMADHAN..

Marhaban barasal dari kata rahb yang berarti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi arti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.

Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda: "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan.
Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan.
Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari
kebajikan" (Hr. Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt. Perjalanan menuju Allah swt itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan.

Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya. Untuk sampai pada tujuan tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan shalat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.

*diforwardkan rakan sy. artikel dipetik daripada e-book panduan Ramadhan bertajuk "Ramadhan Big Sale". wallahua'lam Smile

HidayatiHH

Posts: 3
Join date: 2008-08-28

View user profile

Back to top Go down

Maksiat membatalkan pahala puasa

Post by UstazZul on Mon Sep 01, 2008 3:30 pm

Setiap orang yang berpuasa itu mesti memelihara semua anggota badannya dari berbuat dosa dan menjauhi segala urusan yang tiada kaitan dengannya. Betapa banyak orang yang berpuasa, berlapar dan dahaga tetapi membiarkan anggotanya melakukan maksiat. Lantaran itu, rosaklah pahala puasanya sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Betapa banyak orang yang berpuasa, tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga." -maksud hadis

*Petikan Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman, Imam Abdullah Haddad.

UstazZul
Admin

Posts: 5
Join date: 2008-08-28
Age: 38

View user profile

Back to top Go down

Re: Mari Berkongsi Kata-kata Hikmah

Post by asyiqin on Wed Sep 03, 2008 2:27 am

Assalamulaikum w.bt dan salam Ramadhan kepada sahabat handai sekalian ..Saya ingin berkongsi suatu puisi yang menyentak kalbu saya bila membacanya..memang cukup terkesan untuk saya..cyclops tapi puisi ni bukanlah hasil nukilan saya sendiri tapi telah dipetik daripada blog seseorang..sebelum tu, saya pohon seribu kemaafan sebab tak begitu menepati kehendak soalan iaitu kata2 hikmah..tapi saya rasa kata2 orang ni agak berhikmah walaupun panjang..justeru, marilah kita bersama2 menghayati apa yang telah saya lampirkan di sini..



BINGKISAN RAMADHAN Smile

kali ini Ramadhan datang lagi kepada kita
datangnya seperti selalu
dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa
untuk hambaNya yg tidak leka dengan kelebihannya

Namun perhatikanlah umatku....
datangnya awal Ramadhan
ingatannya maju terus kehadapan kepada awal Syawal
ingatannya segar untuk persediaan awal Syawal
resepi-resepi untuk raya ditonton asyik sekali di tv
lupanya dia, alpanya dia nikmat diberi peluang
bersama Ramadhan
bukankah Ramadhan bulan untuk perbanyak amal ibadat?
tapi mengapa otakmu ligat berfikir ttg baju
raya,kuih raya dan beraya?

perhatikanlah umatku itu...
dia tahu bahawa Ramadhan hanya sekali sahaja dalam setahun
dia tahu Ramadhan, pahala nya berganda-ganda dari bulan lain
namun, apakah gerangannya ibadat masih sama seperti bulan lain?
mengapa masih terkejar-kejar dunia yg sekelumit itu?

perhatikanlah umatku itu...
Dia tak pernah lupa untuk berpuasa
dari subuh sampai maghrib,sanggup dia berlapar dan berhaus
tapi, puasanya hanya berlapar dahaga sahaja
seperti kata Nabiku dulu
sayang sekali puasanya bukanlah ubat kepada virus dalam hatinya itu
virus mengumpat,dengki,bohong,r iya'....tak hilang tak luntur dengan puasanya
puasanya sia-sia disisi Yang Esa..

Ramadhan datang
umatku tahu dimana Syaitan Iblis diwaktu itu patutnya terasa mudah
senang dan ringan beribadat
kerana musuh utama sudah dirantai dibelenggu
tapi mengapa masih seperti biasa?
Puasa seperti tidak berpuasa,maksiat masih menjadi rutin,solat masih berat....
mengapa?

perhatikanlah umatku itu...
gembira dia bila datangnya Ramadhan
seronok dia berpuasa..
rupanya Ramadhan adalah pesta makanan
baginya
dua jam sebelum berbuka,dia mesti di pasar Ramadhan
membeli itu dan ini untuk juadah berbuka nanti
seharian berpuasa bagai mahu ditebus dgn
sekali berbuka
rupanya Ramadhan juga ditunggu-tunggu untuk membeli belah
banyak jualan murah
potongan harga disana,potongan disini..
dalam kepala ingat shopping..baju raya,kuih raya,langsir raya..
setahun sekali katanya..apa salahnya?
tapi mengapa tidak praktikkan 'setahun sekali' itu untuk tuntutan Ramadhan?


lihatlah umatku itu....
berduyun-duyun ke Masjid menunaikan Tarawikh
seperti suatu pesta ramainya baik lelaki mahupun perempuan
kalau boleh setiap malam, dia nak bertarawikh masjid yang berbeza
ada yang buat 8 ada yang buat 20...
namun terkesankah dihati mereka tujuan tarawikh 30 mlm itu?
di manakah mereka semasa rukuk,sujud..
didalam tarawikh itu atau luar sana?
adakah ia ibadat atau sekadar adat menyambut Ramadhan ?
tepuk dada,tanya iman...

lihatlah umatku itu....
Bila Ramadhan bertamu
bersemangat mereka menuju ke masjid setiap kali azan solat fardhu
solat subuh yg tak penuh satu saf pada hari biasa boleh penuh satu masjid
hebatnya umatku ,masjid yg cuma penuh pada hari Jumaat sahaja,
menjadi penuh dengan manusia pada hari-hari Ramadhan
tapi...dimanakah umatku ini selepas Ramadhan?
Masjid mulai kosong, solat subuh menjadi satu saf kembali...
dimanakah kesan latihan diBulan Mulia itu?

lihat umatku itu....
Ramadhan ialah bulan yg Mulia dan dijanjikan banyak pahala..
katanya ingin perbanyakkan membaca al-Quran
azamnya nak khatam satu al-Quran dalam Ramadhan
setiap hari dia mewajibkan dirinya menghabiskan bacaan satu juzu'
tapi.... bila berlalu Ramadhan..
al-Quran mula diletakkan dalam almari sebagai hiasan.
al-Quran mula menjadi tempat habuk dan debu bertandang
untuk Ramadhan sajakah al-Quran?
untuk kematian saja kah al-Quran?

lihat umatku itu
semakin hampir Ramadhan kepada Syawal,
semakin sedikit masa Ramadhan yg ada dengan mereka
semakin rancak mereka bersiap sedia untuk menyambut syawal
Rendang,ketupat,langsir raya,baju raya semua dihitung-hitung cukup ke tidak
lupakah umatku itu dimana Nabiku dan
sahabatnya dikala 10 mlm terakhir Ramadhan?
tidakkah mereka tahu bezakan antara Lailatul Qadar dengan seisi dunia ini?
cukupkah sudah pahala yg dibuat sehingga
malas mencari satu malam yg lebih baik dari seribu bulan itu?"

*nukilan permatahatiku Neutral

asyiqin

Posts: 24
Join date: 2008-08-30
Age: 28
Location: melbourne

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum