Solat sunat hari raya

View previous topic View next topic Go down

Solat sunat hari raya

Post by noman on Tue Sep 23, 2008 4:45 am

Salam..

ada sesiapa boleh kongsi bersama fadhilat solat sunat hari raya?

_________________
Kita hidup dengan apa yang kita dapat,

TETAPI kita membina kehidupan dengan APA YANG KITA BERI.

noman
Admin

Posts : 32
Join date : 2008-08-27
Age : 29

View user profile http://circularoflight.iluvislam.com

Back to top Go down

Re: Solat sunat hari raya

Post by cilipadi on Thu Sep 25, 2008 8:03 am

assalamualaikum warahmatullah..

saya nak berkongsi bukan fadhilat, tapi hadith Rasullullah tentang solat sunat hari raya. moga bermanfaat. amik dari blog orang sebenarnye Razz

http://nazrichik.wordpress.com/2008/09/25/eid-al-fitri-dalam-kerangka-sunnah/

SOLAT EID AL-FITRI

Jangan dicuaikan solat Eid al-Fitri. Solat Eid al-Fitri telah mula disyariatkan sejak tahun ke 2 Hijrah dan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sehinggalah Baginda wafat. Kerana itu para ulama’ merumuskan bahawa solat Eid al-Fitri hukumnya adalah sunat muakkad (sunat yang amat dituntut). Jika tidak berkesempatan melakukan secara berjemaah di masjid, maka lakukanlah secara bersendirian, selagimana belum masuk waktu solah Zohor. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Abu Sa’id al-Khudri menceritakan:

“Rasulullah SAW keluar pada hari raya puasa dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan adalah solat. Kemudian Baginda berpaling mengadap orang ramai yang berada dalam saf-saf mereka. Lalu Baginda memberi nasihat dan mengeluarkan perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin memilih satu kumpulan daripada mereka untuk dicetuskan bagi tujuan berhihad, maka Baginda akan lakukannya. Dan jika Baginda ingin memerintah bagi melakukan sesuatu, maka Baginda akan perintah. Kemudian Baginda akan beredar.”

Bawalah seluruh ahli keluarga ke tempat solat. Imam al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan bahawa Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah menceritakan:

“Kami diperintahkan supaya keluar pada hari raya, sehingga kami (disuruh) membawa bersama anak-anak dara dan perempuan-perempuan haid lalu mengambil tempat di belakang orang ramai (bukan tempat solat). Mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya (hari dosa-dosa diampunkan).”

Perbanyakkanlah takbir dimana-mana sahaja. Janganlah hanya bertakbir di masjid pada pagi Eid al-Fitri sahaja, kerana waktu takbir adalah apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehinggalah solat Eid al-Fitri dimulakan. Jika travel pada malam Eid al-Fitri, bimbinglah keluarga bertakbir dalam kereta. Firman Allah Taala di akhir ayat 185, Surah al-Baqarah (pensyariatan puasa Ramadhan)

“Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangannya (hari puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah, mudah-mudahan kamu sekalian bersyukur.”

He Knows Best
Harapnya takbir Hari Raya kita, takbir Kemenangan.....

cilipadi

Posts : 9
Join date : 2008-09-01

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum