permasalahan khuf

View previous topic View next topic Go down

permasalahan khuf

Post by a.muhd on Mon Jul 27, 2009 1:19 pm

Salaam.

Bolehkah diterangkan cara melaksanakan khuf dari pandangan mazhab syafie? Bolehkah dikemukakan dalilnya sekali?
Dan adakah benar stokin tebal yang tidak diserap air (apabila disapu sedikit air) boleh digunakan untuk menggantikan khuf?

Jazakumullah.

a.muhd

Posts : 11
Join date : 2008-11-13

View user profile

Back to top Go down

Re: permasalahan khuf

Post by dania on Wed Jul 29, 2009 1:37 am

Wa'alaikumussalamwbt..
Alhamdulillah, banyak persoalan2 yg sdr kemukakan. Moga bermanfaat utk semua..
Di sini, saya menyertakan beberapa link bagi persoalan sdr ttg khuf
http://maszleemalik.blogspot.com/2007/09/menyapu-khuf-rukhsah-di-musim-sejuk.html

http://sekadarpendapat.blogspot.com/2009/07/sapu-stokin.html

Tentang menyapu stoking, di sini saya sertakan keratan artikel dari buku Fikah Luar Negara(tulisan Ust Maszlee Malik & Hamidah Mat), halaman 15-19.

--Ada dua pendapat.Golongan pertama yg terdiri drpd Abu Hanifah dan segelintir golongan Hanafiyyah, golongan mazhabMaliki, dan majoriti golongan mazhab Syafie tdk membenarkan seseorg yg memakai stoking biasa menyapu stokingnya menggantikan khuf. Alasan mereka:
1) Stoking yg tdk dibuat dari kulit, tdk dipanggil khuf.
2)Stoking biasa tdk spt khuf yg ada ketahanan

Pendapat mereka ini walaubagaimanapun ditolak dgn adanya laporan kuat mengenai perbuatan menyapu stoking oleh RAsulullah SAW, para sahabat dan tabien. Ia diterangkan dlm hujah golongan yg yg membenarkan perbuatan tersebut.

Bagi golongan yg mengharuskan menyapu atas stoking pula ada dua golongan:
1) Golongan pertama adlh sbhgn drpd mereka yg bermazhab Syafie Mereka meletakkan syarat bagi stoking yg boleh disapu dgn dua syarat:
a) stoking itu perlu tebal dan boleh dibawa berjalan jauh. ada antara ulama mazhab Syafie yg meletakkan jarak 3 batu. Apabila stoking terkoyak dlm perjalanan yg krg dari 3 batu, ia tidak boleh disapu.

b)Ia perlu menutup buku lali. Alasan mereka: Apabila stoking biasa itu tebal, tahan dibawa berjalan jauh, tdk tembus air apabila disapu dan menutupi buku lali, IA MENGAMBIL SIFAT KHUF dan menepati hikmah menyapu khuf. Ia menjadi sebaliknya apabila stoking itu tdk thn dibawa berjalan dan jg tdk menutupi buku lali.

2) Golongan Hanabilah iaitu yg bermazhab Hanbali dan kebanyakan drpd golongan Hanafiyyah. Mereka mengharuskan perbuatan menyapu stoking spt menyapu khuf. Dalil mereka:

a)Perbuatan Nabi Muhammad yg diterangkan oleh Mughirah bin Syubah, katanya,
"Nabi Muhammad berwudhu lalu beliau menyapu khuf dan juga stokingnya"
(direkodkan At tarmizi, Ibn Majah, Abu Daud, Ahmad. Tarmizi mengkategorikannya sbg hadis hasan sahih)

b)Kata2 Bilal,
"Saya melihat Nabi Muhammad menyapu kedua stokingnya dan juga serbannya"
(direkodkan oleh Ahmad, At Tarmizi dan At Tabrani. dikategorikan Hasan Sahih oleh Tarmizi tetapi dikategorikan dhaif oleh BAihaqi)

c) Terdapat 9 org shbt yg mengharuskan perbuatan menyapu stoking yg tdk diperbuat drpd kulit. Mereka adlh Ali, Ammar bin Yassir, Ibn Masud, Anas, Ibn Umar, Barra, Bilal, Ibn Abi Aufa dan Sahl bin Saad. Ia juga turut diamalkan oleh kbykan para tabien yg terkemuka spt Ata', hasa Basri, Said Musayyab, Ibn Jubair, Nakha'i dan Thawri. Amalan para sahabat dan tabien ini menjadikan perbuatan menyapu stoking perkara yg dpt diterima.


Lebih menarik lagi, Imam Abu Hanifah yg pada asalnya tidak mengharuskan perbuatan itu kemudiannya mengharuskannya pada penghujung hayatnya.


Bagi Dr Wahbah Zuhayli, ulama bermazhab syafie kontemporari MEMILIH PENDAPAT KEDUA YG MENGHARUSKAN MENYAPU KE ATAS STOKING SBG PENDAPAT YG KUAT BERBANDING DGN PENDAPAT PERTAMA YG MELARANG. PENDAPAT INI JUGALAH YG LEBIH MEMUDAHKAN UMAT ISLAM SEMASA BERMUSAFIR DLM KAPAL TERBANG ATAU APA JUA JENIS MUSAFIR YG PENUH KESULITAN UTK BERWUDHU DGN SEMPURNA.


WALAUBAGAIMANAPUN PERLU DIINGATKAN APABILA MENYAPU STOKING, ORANG ITU PERLU MENGIKUTI SEGALA SYARAT BERKAITAN MENYAPU KHUF. INI KERANA KEDUA-DUA HUKUM MENYAPU KHUF DAN STOKING ITU ADLH HUKUM YG SAMA..[color:c846=bla
ck]


Wallahu'alam..

Harap itu membantu sedikit sebanyak. Kelemahan dari pihak saya didahului dgn ribuan kemaafan..

Wassalam

dania

Posts : 11
Join date : 2008-08-28

View user profile

Back to top Go down

Re: permasalahan khuf

Post by a.muhd on Wed Jul 29, 2009 11:51 am

Jazakillahu khairan kathiraa

a.muhd

Posts : 11
Join date : 2008-11-13

View user profile

Back to top Go down

Re: permasalahan khuf

Post by Sponsored content Today at 11:37 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum